Anak Syurga

  • HD
  • U
  • Category : Telemovie
  • Views : 1023
  • Release year: 2019
  • Running time: 86 Minutes
  • Details :

Anak Syurga [ Cereka Ahad TV3 ] - Ikmal dan Azah mendirikan rumahtangga atas dasar cinta walaupun perkara itu dihalang oleh ibu Ikmal. Namun kekerasan hati Ikmal tidak menghalang perkahwinan itu diteruskan dan Ibunya terpaksa menerima walaupun hatinya tidak menyukai bakal menantunya itu.

Setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga, Ikmal dan Azah menerima dugaan yang amat berat setelah Azah keguguran kali yang keempat. Namun cinta Ikmal kepada Azah tidak sedikitpun pudar malah sokongan Ikmal terhadap Azah sentiasa kuat.

Akhirnya Azah sekali lagi mengalami alahan yang agak pelik. Terdetik di hati Imran yang isterinya itu mengandung dan perkara itu ternyata benar. Dan akhirnya mereka dikurniakan seorang anak namun Ikmal menyedari tingkah laku Adam yang agak berlainan dari kanak-kanak normal.

Untuk pertama kalinya Ikmal tidak dapat menerima takdir tuhan. Ikmal tidak dapat menerima Adam yang cacat austim. Ikmal menjauhkan diri dari Adam dan mahu menghantar Adam ke rumah kebajikan namun tidak disetujui Azah.

Perkahwinan Ikmal dan Azah, ditentang oleh Nani (emak Ikmal) dan selepas enam tahun berumah tangga, Azah keguguran kali keempat. Ibu Ikmal, kaitkan keguguran itu disebabkan Ikmal tidak dengar katanya. Kelahiran Adam tidaklah seperti diharapkan oleh Ikmal dan Azah. Ibunya juga tidak menerima cucunya yang cacat.