Resort Berhantu

  • HD
  • U
  • Category : Telemovie
  • Views : 2274
  • Release year: 2019
  • Running time: 88 Minutes
  • Details :

Resort Berhantu [ Cerakarama TV3 ] - Kejadian buli zaman sekolah dahulu menyebabkan Rosalinda dan kawan baiknya Amira ingin mengadakan “Reunion Diner” untuk menyatukan kembali semua 13 orang pelajar sekolah selepas 10 tahun tidak bertemu. Kisah ini bermula apabila Rosalinda yang tidak mempunyai rupa selalu dibuli dan diejek oleh kawan sekelasnya Kay, Syam dan Suzi.

Cerita ini bermula apabila Rosalinda dan Amira berbincang tentang majlis reunion diner yang akan diadakan di sebuah resort. Mereka menjemput semua pelajar didalam kelas mereka. Disebabkan bilangan bekas pelajar yang tidak begitu ramai akhirnya mereka mendapat sebuah resort yang terpencil sesuai dengan bajet yang mereka ada.

Tiba hari yang dinantikan, selepas 10 tahun mereka tidak berjumpa suasana riuh dan masing-masing melepaskan rindu antara satu dengan yang lain. Muncul Key Ell, Syam, Suzi dan Langkawi dengan lagak masing-masing kerana mereka bertiga mempunyai kerjaya yang bagus. Syam, Kay dan Suzi terus meluru ke arah Rosalinda dan melihatnya dengan sinis.