Setelah Cinta Itu Pergi EP12

10
  •   
  • HD
  • U

Setelah Cinta Itu Pergi Episod 12 - Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.

Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.

Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi.

Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?

# Title Air Date
1 Setelah Cinta Itu Pergi EP1 Thursday, January 17, 2019
2 Setelah Cinta Itu Pergi EP2 Monday, January 21, 2019
3 Setelah Cinta Itu Pergi EP3 Tuesday, January 22, 2019
4 Setelah Cinta Itu Pergi EP4 Wednesday, January 23, 2019
5 Setelah Cinta Itu Pergi EP5 Thursday, January 24, 2019
6 Setelah Cinta Itu Pergi EP6 Monday, January 28, 2019
7 Setelah Cinta Itu Pergi EP7 Tuesday, January 29, 2019
8 Setelah Cinta Itu Pergi EP8 Wednesday, January 30, 2019
9 Setelah Cinta Itu Pergi EP9 Thursday, January 31, 2019
10 Setelah Cinta Itu Pergi EP10 Wednesday, February 06, 2019
11 Setelah Cinta Itu Pergi EP11 Thursday, February 07, 2019
12 Setelah Cinta Itu Pergi EP12 Monday, February 11, 2019
13 Setelah Cinta Itu Pergi EP13 Tuesday, February 12, 2019
14 Setelah Cinta Itu Pergi EP14 Wednesday, February 13, 2019
15 Setelah Cinta Itu Pergi EP15 Thursday, February 14, 2019
16 Setelah Cinta Itu Pergi EP16 Monday, February 18, 2019
17 Setelah Cinta Itu Pergi EP17 Tuesday, February 19, 2019

Discover






    close