Cassandra

  • HD
  • U
  • Category : Telemovie
  • Views : 1335
  • Release year: 2019
  • Running time: 88 Minutes
  • Details :

Cassandra [ Cerekarama TV3 ] - Cassandra seorang gadis kacukan dibesarkan oleh ayahnya selepas ibunya meninggal dunia. Dia terkenal di kampung kerana sikap ayahnya, Hj. Fauzan yang suka menderma. Cuma satu sahaja, sikap Hj Fauzan kurang disenangi iaitu kekayaan yang dimiliki membuatkan dia bongkak.

Namun berbeza dengan Cassandra yang lebih selesa memilih cara hidup sederhana. Cassandra bersahabat baik dengan Luqman, Zaiyad dan Syakila. Hanya Cassandra dan Zaiyad berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Cassandra dan Luqman saling menyukai antara satu sama lain. Syakila yang menjadi ‘penghubung’ mereka berdua. Namun hubungan mereka merisaukan ibu Luqman kerana ibarat langit dan bumi kerana Luqman dibesarkan dalam kehidupan nelayan tidak seperti Cassandra.